top of page
Search

Ekonomi Dobi - 5 Kaedah untuk Memaksimumkan Keuntungan dan Membuat Pelanggan Gembira

Pro-Chem

Updated: Jun 16, 2021

"Perniagaan CPO kelak mencapai tahap tertinggi sepanjang masa, melepasi tahap RM4,400." - The Edge News, Mei 2021


Berita ini datang dan kedengaran asing bagi pengguna seharian dan pemilik perniagaan kecil, tetapi ia sebenarnya memberi kesan besar kepada kehidupan seharian kita.


Sebilangan besar produk yang kita gunakan setiap hari adalah berasaskan dari Minyak Mentah dan Minyak Kelapa Sawit dan ia menhasilkan produk seperti bahan pencuci, plastik, agrokimia, pelarut cat dan banyak lagi. Apabila anggaran harga bahan mentah ini meningkat, ia akan memberi kesan besar kepada harga barang gunaan harian kita.


Bagi pemain indutri dobi, mereka pasti pernah mengalami hal seperti ini, dan sebagai langkah mengatasi mereka perlu meningkatkan harga perkhidmatan mereka untuk menampung kos tersebut. Namun, apabila persaingan semakin ketat dengan munculnya pemilik-pemilik dobi baru dan juga pengendali layan diri, ia pasti memberi impak besar bagi mereka. Hal ini kerana mereka tidak mampu lagi menaikkan harga perkhidmatan kerana persaingan akan mengalahkan mereka kelak.


Untuk terus maju dalam permainan, ini adalah 5 petua teratas yang dapat kami kongsi kepada pemilik dobi dari perspektif kami sebagai pengeluar bahan kimia.


1) Gunakan produk yang lebih baik


Untuk pelanggan serbuk pencuci, kami selalu mengesyorkan untuk menggunakan Detergen K100 kerana ia mengandungi kandungan agen aktif permukaan yang berprestasi tinggi, enzim, pemutih oxi berwarna yang selamat, dan juga pencerah optik. Sebabnya adalah kerana pencuci campuran pelbagai fungsi ini berfungsi dengan baik dalam cucian bersama air sejuk atau panas. Anda dapat jimatkan masa hanya dengan sekali cuci dan bukannya beberapa cucian untuk menghilangkan kekotoran yang sukar. Anda juga tidak perlu menghabiskan tenaga untuk memanaskan air cucian untuk mendapatkan kesan yang maksimum.


Anda hanya perlu memberi fokus untuk mengumpulkan hasil jualan perniagaan daripada membuang masa dan wang pada cucian berkali dan kos bil elektrik yang tinggi.


2) Ekonomi per cucian


Kami selalu mengesyorkan pelanggan kami untuk menggunakan detergen pekat Liquid M2 dan bukannya detergen ekonomi Liquid CF kami. Ini kerana anda biasanya akan memperoleh lebih banyak keuntungan dalam skala besar kerana ia berdasarkan panduan dos yang digunakan.


Sebagai contoh, katakan pencuci pekat (cucian 1kg untuk 8ml detergen) berharga sekitar RM0.36 / 100ml dan bahan pencuci ekonomi (cucian 1kg untuk detergen 15ml) berharga sekitar RM0.24 / 100ml.


100ml detergen pekat akan membolehkan anda mencuci 12.5kg, sedangkan detergen ekonomi hanya mencapai 6.67kg sahaja, kira-kira separuh beban detergen pekat. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mencuci 12.6 kg cucian dengan bahan pencuci ekonomi, anda akan menghabiskan RM0.10 lebih banyak daripada bahan pencuci pekat. Apabila anda membeli sebanyak 25L, ini sebenarnya setara dengan penjimatan bernilai sekitar RM25.


Oleh itu, mula rancang dan selaraskan SOP perniagaan anda dengan lebih teliti untuk kakitangan anda dan gunakan detergen pekat untuk menguruskan kos anda dalam jangka masa panjang.


3) Menjaga mesin anda


Pilih bahan pencuci buih rendah kerana bahan pencuci yang menghasilkan buih yang banyak akan merosakkan saluran paip mesin anda. Oleh itu, bahan pencuci keluaran kami biasanya berbuih rendah kerana kami memahami kos kerja membaik pulih mesin dan juga tempoh waktu baikpulih akan mempengaruhi penjualan perniagaan anda.


4) Membina jalinan pelanggan setia untuk jangka panjang


Kami lebih menjaga dan berusaha lebih baik untuk memuaskan pelanggan kami yang telah bersama kami sejak dari awal penubuhan syarikat kami, kerana mereka akan kembali semula untuk mendapatkan perkhidmatan, kepercayaan dan integriti perniagaan kami bagi memastikan kestabilan kedua belah pihak. Hal ini sama juga bagi pengendali dobi.


Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan pengesahan dari pembekal bahan kimia untuk memastikan Jaminan Kualiti dan Pemeriksaan. Cari pembekal yang bertauliah yang mempunyai pensijilan Halal dan ISO, dan jika tidak ada perakuan tersebut, dapatkan laporan untuk setiap pengeluaran mereka untuk menjamin ketelusan penuh penghasilan mereka.


5) Meminimumkan perbelanjaan dengan teknologi


Melabur dalam teknologi automatik seperti Automated Dispenser Technology dan Advance Drum Rotation Technology. Ini akan menjimatkan kos untuk jangka masa panjang, walaupun pulangan pelaburan memerlukan sedikit masa.




0 comments

2024 © All rights reserved, Pro-Chem Industrial Sdn Bhd.

bottom of page